Seremban dikelilingi oleh Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan flora dan faunanya. Keindahan ini dapat di rasai dengan menerokai Hutan Hujan Tropika yang terdapat di daerah ini. Jarak yang dekat daripada Kuala Lumpur menyebabkan Seremban menjadi tumpuan kepada pencinta alam yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan alam yang berusia ribuan tahun ini.
Gunung Angsi
Kuala Pilah, Jalan Bukit Putus Lama
Gunung Angsi terletak di dalam hutan simpan Gunung Angsi. Kedudukan yang hanya 15 minit sahaja dari Bandar Seremban menjadikan gunung ini terkenal di dalam aktiviti pendakian dan mempunyai ketinggian 825 meter (2,702 kaki).
Blok C, Tingkat 4, Kompleks Setiausaha Kerajaan,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Bukit Kepayang
Seremban 2
Bukit Kepayang yang terletak di Seremban 2 dan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan ini merupakan lokasi mendaki yang popular di kalangan pendaki tegar di negeri ini. Jarak daripada Bandar Seremban hanya 5 minit sahaja dan mudah diakses melalui jalanraya dan serta lebuhraya susur keluar ke Seremban.
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Bukit Melati
Putra Nilai
Bukit Melati terletak di Putra Nilai, Negeri Sembilan. Nama bukit ini diperolehi dari Taman yang berhampiran iaitu Aman Desa Melati. Kepada yang minat mendaki, lokasi ini adalah ideal dengan ketinggian hanya 370 meter sahaja.
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Gunung Berembun
Kuala Klawang dan Seremban
Tersenarai antara 155 puncak tertinggi di Malaysia. Mencapai ketinggian 1193cm (3913kaki). Terletak ditengah-tengah jarak antara Kuala Klawang dan Seremban. Gunung ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana terdapat sebuah Kapal Terbang British Liberator B-24 yang telah terhempas di tengah permatang di Antara Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun.
Negeri Sembilan
Taman Eko Rimba
Hutan Simpan Lenggeng
Lokasinya adalah 26km dari ibu negera. Taman Eko Rimba Lenggeng terletak di Hutan Simpan Lenggeng dan merupakan hutan dipterokarpa rendah.
Terletak di dalam Hutan Simpan Lenggeng
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban,
Persiaran S2 A2, 70300 Seremban