OBJEKTIF KUALITI
- Meningkatkan pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkualiti;
- Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berakauntabiliti;
- Peningkatan dan pendidikan sivik di kalangan pelanggan MBS;
- Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan profesional; dan
- Peningkatan semua aspek infrastruktur dan prasarana kemudahan awam di seremban.
POLISI KUALITI
Kami beriltizam untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dan peningkatan berterusan bagi memenuhi dan mencapai kepuasan pelanggan.
PERANAN ANGGOTA ORGANISASI DALAM PELAKSANAAN MS ISO 9001:2015
- Fahami keperluan asas pembentukan Sistem Pengurusan Kualiti Majlis Bandaraya Seremban.
- Fahami Manual Kualiti, Prosedur Kualiti, Arahan Kerja serta dokumen sokongan lain yang disediakan.
- Menjalankan tugas mengikut proses kerja yang didokumenkan agar dapat meningkatkan kualiti kerja yang berterusan.
- Memberi perkhidmatan yang CEKAP, BERKESAN dan BERKUALITI kepada pelanggan bagi memastikan objektif kualiti dicapai sepenuhnya.
- Memberi cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti penyampaian.