Pada 12 November 2008, Kerajaan Negeri, telah meluluskan cadangan untuk mencantumkan MPS dan MPN sebagai satu entiti dan menaikkan tarafnya kepada Majlis Bandaraya Seremban.
PUNCA KUASA PENCANTUMAN MPS DAN MPN
Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)
Seksyen 4 (2) :-
“Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan Menteri dan pihak berkuasa tempatan, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar taraf sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan.”
Seksyen 4 (3) :-
“Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengubah sempadan mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan.”
SEJARAH PENUBUHAN MPS & MPN
TAHUN |
MPS |
MPN |
---|---|---|
1897 |
Lembaga Kesihatan |
|
1946 |
Lembaga Bandaran |
|
1953 |
Majlis Bandaran Seremban |
|
Mac |
Majlis Perbandaran Seremban |
Penubuhan Majlis Daerah Seremban daripada gabungan 6 Majlis Tempatan iaitu:-
|
Feb |
|
Majlis Perbandaran Nilai |
PENGERUSI (PRESIDEN) MAJLIS BANDARAN SEREMBAN |
||
BIL | NAMA | TAHUN |
1 | YM TUNKU MUSTAPHA | 1954 -1956 |
2 | EN. JAAFARBIN TAHAR | 1957-1958 |
3 | EN. THAM TAT MING | 1959 |
4 | EN. ROBERT SINGAM | 1960 |
5 | EN. LAM TECK CHOON | 1961 |
6 | EN. CHIN SEE YIN | 1962 |
7 | EN. P GUMAM SINGH GILL | 1963 -1964 |
8 | EN. LAI PONG YUEN | 1965 -22 JULAI 1965 |
Majlis Perbandaran Seremban telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana ianya dinaikkan taraf dan diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1hb. Mac 1979 dengan YAB Dato` Menteri Besar Negeri Sembilan kekal selaku Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang Dipertua yang menjalankan tugas eksekutif sepenuh masa. Sehinggalah pada 1hb. Ogos 1998, tanggungjawab serta tugas selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban telah diserahkan secara rasmi oleh YAB Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Bin Dato` Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus kepada seorang pegawai kerajaan yakni Y.Bhg. Dato' Haji Hassan @ Hasanni Bin Mohd. Zain sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban.
Bermula 1 Ogos 2003 hingga 15 Ogos 2004, pemerintahan Yang Dipertua dipegang oleh Y.Bhg.Dato’ Mohd Jaafar bin Mohd Atan. Tanggungjawab tersebut disambung pula oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Abd Halim bin Haji Abd Latif mulai 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2018.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban selepas itu diterajui oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Zazali bin Salehuddin.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN |
|
YAB DATO' RAIS BIN YATIM | 1978 - 1982 |
YAB DATO` SERI UTAMA TAN SRI HAJI MOHD. ISA BIN DATO' HAJI ABDUL SAMAD | 1982 - 31.7.1998 |
Y. BHG. DATO' HAJI HASSAN @ HASANNI BIN MOHD. ZAIN | 1.8.1998 - 7.7.2003 |
Y. BHG. DATO' MOHD JAAFAR Bin MOHD ATAN | 1.8.2003 - 15.8.2004 |
Y.BHG. DATO' HAJI ABD. HALIM BIN ABD.LATIF | 1.9.2004 - 31.7.2018 |
Y. BHG. DATO' HAJI ZAZALI BIN SALEHUDIN | 1.8.2018 - 31.12.2019 |
Majlis Perbandaran Nilai telah diberi kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah dilaksanakan secara rasmi pada 2 Februari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir lapan buah mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban. Antara mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai ialah:
- Mukim Setul
- Mukim Labu
- Mukim Rantau
- Mukim Lenggeng
- Mukim Pantai
- Sebahagian Rasah
- Sebahagian Ampangan
- Sebahagian Seremban
Antara mukim tersebut lima (5) daripadanya adalah mukim utama iaitu Mukim Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai manakala tiga (3) mukim lagi adalah sebahagian sahaja yang mana ia telah dibahagi dengan Majlis Perbandaran Seremban iaitu sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.
SENARAI YANG DIPERTUA MDS/MPN 1979 - 2019
BIL | NAMA | TARIKH |
1 | ENCIK MUHD GHAZALI BIN MUHD IBRAHIM | 11.05.1978 - 30.06.1982 |
2 | ENCIK HAMIDI BIN ABD. HAMID | 01.07.1982 - 15.05.1983 |
3 | ENCIK ABD RAHMAN BIN HJ. AHMAD | 16.05.1983 - 30.04.1987 |
4 | ENCIK ABD LATIFF BIN DATUK MASUD | 01.05.1987 - 01.12.1991 |
5 | ENCIK ARIFFIN BIN HJ. YUSOF@JUSOH | 02.12.1991 - 01.12-1992 |
6 | ENCIK DAMANHURI BIN HUSSIN | 01.06.1993 - 31.05.1998 |
7 | ENCIK AHMAD ZAKKI BIN YAHYA | 01.06.1998 - 31.01.2002 |
8 | DATO' NOORDIN BIN MOHD YATIB | 01.01.2003 - 31.12.2007 |
9 | DATO' HJ. HALIM BIN HJ ABD LATIF | 01.01.2008 - 30.07.2018 |
10 | DATO' HJ. ZAZALI BIN SALLEHHUDIN | 01.08.2018 - 31.12.2019 |