- Menaik taraf kualiti hidup warga Bandar Raya Seremban dengan penyediaan kemudahan dan tempat riadah yang selesa.
- Menyediakan jaringan infrastruktur dan kemudahan awam yang serba lengkap dan efisien di Bandar Raya Seremban.
- Memperkasa pengurusan landskap yang efisyen.
- Memudahkan urusan pelabur dan aktiviti perniagaan dengan mematuhi peruntukan undang-undang.
- Memperkasa pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berakauntabiliti.
- Memperkukuh dan memantapkan sumber hasil Majlis.
- Mempertingkat kebersihan Bandar Raya Seremban dengan kerjasama SWCORP
- Meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan profesional
- Menaiktaraf tahap pendidikan dan kesedaran sivik dalam warga Bandar Raya Seremban.
- Mewujudkan sistem pengurusan sumber manusia yang cekap, berkualiti dan berintegriti.
- Membudayakan penggunaan ICT untuk kakitangan dan pelanggan Majlis.