-
Pulangan Balik Cukai Taksiran (remisi) adalah dimana pemilik bangunan boleh memohon untuk mendapatkan semula cukai taksiran yang telah dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya bangunan yang dimiliki itu kosong dan untuk disewa (bukan untuk dijual).
-
Namun permohonan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya semua syarat-syarat telah dipatuhi oleh pemohon.
-
Permohonan remisi ini akan dipertimbangkan dengan syarat bayaran cukai taksiran dijelaskan terlebih dahulu.
-
Telah memberi kenyataan bertulis kepada Pentadbiran Majlis dalam tempoh masa tujuh (7) hari daripada tarikh bangunan itu dikosongkan.
-
Remisi adalah dikira mulai daripada tarikh surat yang diterima oleh Pentadbiran Majlis.
-
Tiada pulangan balik cukai taksiran (remisi) akan diberi sekiranya kekosongan bangunan tersebut kurang dari satu bulan (30 hari) bagi setiap setengah tahun taksiran.
Prosedur & Syarat
- Mengisi dan menghantar BORANG PERMOHONAN PULANGAN BALIK CUKAI TAKSIRAN (REMISI) sebagaimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 162 (2), Akta 171.
- Mengemukakan 3 bulan salinan bil elektrik / surat pengesahan meter TNB yang disahkan oleh pemilik/ pihak TNB (jika meter tidak dipasang) kepada pihak Majlis.
- Memastikan bangunan berkenaan berada dalam keadaan bersih, baik dan selamat untuk diduduki.
- Segala usaha mendapatkan penyewa telah dijalankan dan memaparkan iklan untuk disewa di bangunkan berkenaan.
- Menawarkan harga sewa yang berpatutan.
- Memastikan bangunan adalah kosong sepanjang tempoh masa remisi dituntut.
- Memastikan cukai taksiran telah dijelaskan.
- Tiada pulangan balik cukai taksiran (remisi) akan diberi kepada pihak pemaju / individu bagi harta yang tidak dapat dijual.
- Pihak pemaju yang membuat permohonan remisi hendaklah mengemukakan surat lantikan ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia sebagai bukti bahawa bangunan berkenaan dalam usaha mencari penyewa dan bukan pembeli.
- Pemohon hendaklah memberitahu Majlis dengan cara bertulis dalam tempoh masa 7 hari daripada tarikh bangunan itu didiami semula.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Tingkat 1, Majlis Bandaraya Seremban
Wisma Bandar Raya
Lot 14392, Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban Tampin
70450 SEREMBAN
Dokumen Sokongan
- Salinan gambar harta
- Salinan gambar iklan yang ditampal di premis
- Salinan 3 bulan bil elektrik / surat pengesahan meter TNB yang disahkan oleh pemilik / pihak TNB (jika meter tidak dipasang)
- Salinan bil cukai taksiran semasa yang telah dijelaskan.
- Surat perlantikan ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (pemaju sahaja)
Borang