Permohonan untuk kemaskini alamat surat-menyurat pemilik harta atas pelbagai sebab. Tindakan ini penting bagi memastikan alamat surat menyurat pemilik harta adalah yang terkini dan mudah untuk dihubungi serta dapat disampaikan bil cukai taksiran dengan berkesan dan tepat.
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian di https://click.mbs.gov.my
ATAU secara kaunter seperti keterangan berikut :-
Prosedur & Syarat
- Lengkapkan borang tukar alamat
- Sertakan dokumen yang diperlukan
- Hantarkan kepada:-
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Tingkat 1, Majlis Bandaraya Seremban
Wisma Bandar Raya
Lot 14392, Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban Tampin
70450 SEREMBAN
Tel : 06 - 765 4758
Dokumen Sokongan
- Salinan kad pengenalan sekiranya permohonan pembetulan ejaan nama / no kad pengenalan
- Salinan hakmilik / geran sekiranya permohonan kemaskini maklumat harta
Borang