1.  Notis melalui Borang Tukar Nama Pemilik Harta hendaklah dihantar ke MBS dalam tempoh 3 bulan dari tarikh jualan atau pindah milik harta terlibat oleh penjual dan pembeli.

2.  Tindakan ini penting bagi memastikan daftar nama dan alamat pemilik harta adalah yang terkini supaya bil tuntutan dapat dihantar kepada pemilik dengan berkesan dan tepat.

Permohonan pindah milik  boleh dilakukan secara dalam talian di https://click.mbs.gov.my

Cara - caranya diterangkan dalam video dibawah :-

Berikut adalah keterangan jika masih ingin membuat permohonan di kaunter :-

Prosedur & Syarat

  • Lengkapkan Borang Tukar Nama Pemilik Harta.
  • Sertakan maklumat/dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantarkan kepada:-

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Tingkat 1
Majlis Bandaraya Seremban
Wisma MBS
Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban Tampin
70450 SEREMBAN
Tel : 06-7654333

Dokumen yang diperlukan bagi proses tukar nama (pindah milik)

  • Salinan Hakmilik (Geran) terkini atau 
  • Carian Rasmi atau
  • Carian  Persendirian
  • Salinan Perjanjian Jual Beli (jika berkenaan)
  • Salinan Perisytiharan Lelong (jika berkenaan)
  • Salinan Sijil Kematian (sekiranya pindah milik disebabkan kematian)
  • Salinan kad pengenalan pemilik
  • Salinan SSM (jika pembeli adalah syarikat)
  • Salinan resit bayaran fi proses pindah milik (RM20.00)

Borang

Sebarang masalah sila hubungi :

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Tingkat 1
Majlis Bandaraya
Seremban
Wisma Bandar Raya
Lot 14392, Persiaran Forest Heights 1
Jalan Seremban Tampin
70450 SEREMBAN
Tel : 06-7654758