PENGENALAN
Permohonan Permit Kerja Kecil Pelbagai ini adalah permohonan bagi Permit Kerja-Kerja Kecil (PKK), Permit Dinding Sesekat (PDS), Permit Awning Komersial (PAK) dan Permit Awning Kediaman (PA).
Permohonan Permit Kerja Kecil Pelbagai ini boleh dikemukakan sendiri oleh pemilik kepada Majlis Bandaraya Seremban tanpa perlu mendapatkan khidmat perunding. Oleh itu, pemilik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap struktur yang dibina terutama dari segi penggunaan bahan, kedudukan, kestabilan dan kekukuhan struktur-struktur yang dibina.
Pemilik hanya perlu memilih jenis permit yang ingin dimohon berdasarkan kepada jenis kerja yang ingin dilakukan dan menandatangani perakuan dan surat akujanji pemohon. Adalah diingatkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Seremban tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan kerja-kerja tersebut.
JENIS PERMIT KERJA KECIL PELBAGAI
- Permit Kerja-Kerja Kecil (PKK)
Antara kategori pembinaan kecil yang dibenarkan adalah kerja-kerja perpaipan & pemasangan alatan sanitari, kerja pendawaian & pemasangan elektrik, kerja pembaikan ruang dalaman lantai dan dinding, kerja membaiki siling & bangunan, kerja mengecat semula bangunan, kerja membaiki pintu dan tingkap, kerja menukar/memasang kemasan lantai/dinding (tiling work), kerja pemasangan gril / pintu pagar masuk, kerja pemasangan perabot ‘built-in’ dan kerja membina tembok pagar kediaman.
- Permit Dinding Sesekat (PDS)
Permit ini adalah bagi permohonan membina dinding sesekat (partition) di dalam premis perniagaan. Bilangan ruang / bilik maksima yang dibenarkan adalah sebanyak lima (5) ruang / bilik. Bagi permohonan yang melebihi daripada 5 ruang / bilik, pemohon perlu mengemukakan Permohonan Pelan Bangunan melalui Arkitek Profesional / Pelukis Pelan Bangunan berdaftar.
- Permit Awning Komersial (PAK)
Unjuran maksimum yang dibenarkan bagi binaan struktur awning itu ialah 1.83 METER (6 KAKI) SAHAJA dan struktur awning hendaklah dibina TANPA STRUKTUR TIANG serta TIDAK DIBENARKAN dibina di atas jalan dan lot tempat letak kenderaan. Kawasan awam yang dilingkupi awning hendaklah dibiarkan KOSONG tanpa sebarang halangan / sekatan seperti aktiviti perniagaan, rak barang dagangan, kerusi dan meja makan serta lain-lain halangan yang berkaitan kecuali yang dibenarkan oleh pihak Majlis dan ianya perlu dikekalkan sebagai kegunaan awam.
- Permit Awning Kediaman (PA)
Permit Awning (Kediaman) yang diluluskan akan diberi tempoh masa sah kebenaran untuk menjalankan kerja-kerja selama tiga (3) bulan sahaja. Permohonan awning yang lebih daripada 45m² (500kps) keluasan keseluruhan awning TIDAK DIBENARKAN menggunakan borang permohonan permit ini dan perlu mengemukakan pelan melalui Perunding Arkitek / Pelukis Pelan Berdaftar.
CARA MEMOHON
- Permohonan adalah secara online di https://click.mbs.gov.my
- Dokumen-dokumen berikut hendaklah WAJIB disertakan :
- Borang permohonan dicetak di atas kertas berwarna BIRU dan susunan helaian borang dikekalkan. (bagi pemohon yang memuat turun borang dari laman sesawang Majlis Bandaraya Seremban sahaja).
- Sesalinan KAD PENGENALAN pemohon yang telah dipalang “UNTUK KEGUNAAN MBS SAHAJA“.
- Sesalinan suratan HAKMILIK TANAH / CARIAN RASMI.
- Sesalinan PERJANJIAN JUAL BELI / PERJANJIAN SEWA PREMIS.
- Sesalinan CUKAI TANAH & CUKAI TAKSIRAN terkini yang telah dijelaskan bayarannya.
- Sesalinan SURAT AKUJANJI PEMOHON (MBS/JKB/B/15) yang telah lengkap diisi.
- Sesalinan KELULUSAN PERMIT PEMOHON TERDAHULU (bagi pemohon ambil alih / pindah milik sahaja)
- 1 set PELAN LAKAR bersaiz A4 yang lengkap bersama maklumat terperinci seperti lokasi kedudukan struktur, spesifikasi binaan, jenis bahan dan lain-lain yang berkaitan dengan permit yang dimohon.
- GAMBAR-GAMBAR keadaan semasa di tapak mengikut permit yang dimohon.
HUBUNGI
Pejabat Utama MBS : Kaunter Jabatan Kawalan Bangunan, |
Pejabat Cawangan Nilai : Kaunter Jabatan Kawalan Bangunan,
|