MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA ULANG TAHUN KE 3 MBS
Seremban, 20 Oktober 2023 - YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah bersama-sama menghadiri ke Majlis Makan Malam Sempena Ulang tahun Ke -3 Majlis Bandaraya Seremban di Klana Resort. Majlis yang diadakan dengan tema "WE ARE ONE" bagi meraikan warga kerja MBS sempena ulang tahun ke-3 Majlis Bandaraya Seremban dapat berlangsung dengan jaya dan meriah.
Terdapat juga penyampaian cenderamata kepada:-
1) Kakitangan yang bersara Wajib / Pilihan 2022.
2) Waris Kakitangan MBS yang meninggal dunia tahun 2022.
3) Anugerah Kesetiaan 2023.
4) Anugerah Pekerja Contoh Januari - Ogos 2023.
5) Anugerah Pelajar Cemerlang 2022 (Anak Kakitangan MBS).
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Speaker DUN Negeri Sembilan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Barisan YB Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Bandar MBS, Ahli-Ahli Majlis MBS, Setiausaha MBS & warga kerja MBS.