CWMS

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui SWCorp telah membangunkan sistem Pengurusan Sisa Pembinaan dan Perobohan (Construction Waste Management System - CWMS) .

Selaras dengan penguatkuasaan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (P.U. (A) 279/2018), bermula 1 Januari 2020, setiap pemungut sisa pembinaan WAJIB menggunakan sistem Construction and Demolition Waste Management System (CWMS) untuk tujuan rekod dan pemantauan.

Apa Itu CWMS?

Sistem ini membantu pemegang lesen berkenaan merekod perkhidmatan pemungutan sisa pembinaan secara digital. Anda boleh memastikan segala aktiviti di tapak pembinaan patuh undang-undang dan mudah dipantau oleh pihak berkuasa.