LAWATAN KERJA DELEGASI JABATAN KAWALAN BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE MBS
Seremban, 27 Julai 2023 - Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan lawatan kerja delegasi daripada Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Bandaraya Johor Bahru di Wisma MBS.
Lawatan bagi tujuan perkongsian ilmu membincangkan perkara berkaitan Proses Kelulusan Pelan Bangunan, Pelan Ubahan Tambahan Bangunan dan Pelan Permit Sementara. Selain itu, turut diadakan perkongsian berkaitan penggunaan sistem OSC 3.0, Kawalan Penguatkuasaan Bangunan sektor pekilangan, dasar dasar baru, sistem bayaran dan sesi soal jawab serta lawatan di Lorong Seni, Seremban.
Turut hadir sama dalam sesi perkongsian ini, Puan Norhezlin binti Amat, Timbalan Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBS, Puan Norita binti Bakri, Ketuan Unit OSC MBS, Pegawai-pegawai daripada Jabatan Kawalan Bangunan & Unit OSC.