Majlis Bandaraya Seremban (MBS) ingin memaklumkan bahawa pemeriksaan premis makanan dan pengauditan tandas awam dijalankan menggunakan Borang JKT bagi memastikan premis sentiasa bersih, selamat, dan mematuhi standard kebersihan dan kesihatan yang ditetapkan.
⚠️ Pemilik premis makanan dan pengurus tandas awam perlu mematuhi kriteria ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.
🍴 Premis Makanan
Pemeriksaan merangkumi kawalan penyimpanan & keselamatan makanan, kawalan penyajian, pengendali makanan, bekalan air, sanitasi, struktur premis dan dokumentasi.
Gred A : 86 – 100% (markah penuh bagi item kritikal CCP)
Gred B : 71 – 85%
Gred C : 51 – 70%
Kurang 50% : Tidak layak diberi penilian gred serta tindakan penutupan premis akan diambil (PKD)
🚻 Tandas Awam
Pengauditan menilai keadaan persekitaran, struktur & penyelenggaraan, kemudahan sanitasi, papan tanda/notis, aktiviti kebersihan, dan keperluan tambahan (pewangi, cermin, penyangkut pakaian, inovasi, kawalan vektor, ruang tukar lampin).
⭐⭐⭐⭐⭐ 5 Bintang : 91 – 100%
⭐⭐⭐⭐ 4 Bintang : 81 – 90%
⭐⭐⭐ 3 Bintang : 71 – 80%
⭐⭐ 2 Bintang : 61 – 70%
⭐ 1 Bintang : 51 – 60%
❌ Tiada Bintang : ≤50%, notis & khidmat nasihat diberikan
MBS menekankan bahawa pematuhan terhadap kriteria ini penting bagi memastikan premis makanan dan tandas awam sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk orang ramai. Bersama-sama ini dilampirkan pautan borang pemeriksaan yang digunapakai untuk makluman warga Bandaraya Seremban.
