Majlis Bandaraya Seremban akan melaksanakan pembayaran TANPA tunai di semua kaunter bayaran MBS berkuatkuasa pada :-
📌1 JANUARI 2026
Pelaksanaan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya ini akan melibatkan SEMUA jenis dan kaedah pembayaran seperti berikut :-
➡️Cukai Taksiran
➡️Lesen Perniagaan
➡️Kompaun
➡️Sewaan
➡️Sewaan Fasiliti Awam
➡️Bil Pelbagai MBS (termasuk deposit)
Kaedah bayaran yang diterima :-
✅Kad Debit
✅Kad Kredit
✅i-MerchantRAKYAT (DuitNow QR)
✅eWallet
Boleh juga imbas Kod QR seperti paparan untuk bayaran dalam talian
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Kewangan MBS ditalian : 06-7654344
