Jabatan/Unit
Cukai taksiran ini dikenakan untuk membiayai :-
- Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak- kanak dan tempat- tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
- Pembinaan dan penyelenggaraan taman permainan dan kemudahan- kemudahan awam.
- Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
- Penyediaan dan penyelenggaraan lampu- lampu jalan.
- Pembangunan kawasan Majlis.
- Pembuangan, pemungutan dan pelupusan sisa pepejal. Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk kawasan pentadbiran Majlis.