Pengindahan dan pembinaan landskap di kawasan tanah perkuburan Islam perlu mematuhi garis panduan yang berikut:
- Pokok-pokok yang ditanam di atas kubur hendaklah yang bersesuaian, iaitu jenis pokok renek yang berbau harum dengan ketinggian tidak melibihi 1.5 meter serta kurang penyelenggaraan;
- Tidak dibenarkan menanam pokok besar di atas lot kubur dalam kawasan tanah perkuburan kerana boleh mendatangkan kesulitan untuk mengebumikan jenazah dalam jangka masa panjang;
Selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Sembilan Darul Khusus (Maqbarah Salimah).
Kerjasama waris dimohon untuk menyelenggara pokok-pokok hiasan dan pokok liar di atas kubur selewat-lewatnya pada 4 November 2024 untuk keselamatan dan keselesaan waris yang hadir berkunjung.