Cukai taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi setengah tahun pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi setengah tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar cukai taksiran setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.