Jabatan/Unit
-
Anda boleh mencetak bil cukai taksiran melalui perkhidmatan atas talian, klik Semakan Online
-
Anda juga boleh ke kaunter utama pejabat MBS dan berhubung dengan Jabatan Kewangan. Anda hendaklah membawa salinan bil cukai taksiran yang terdahulu atau nombor akaun bil cukai taksiran untuk mendapatkan cetakan bil yang terkini. Sekiranya anda tidak pasti nombor akaun bil tersebut, sila bawa bersama butir-butir harta bagi membolehkan semakan dibuat.
-
Selain itu anda perlu memastikan alamat surat-menyurat adalah tepat supaya bil dihantar ke alamat yang betul. Jika terdapat pertukaran alamat, anda dikehendaki mengemaskini alamat surat menyurat di Jabatan Penilaian Hartanah, MBS.