Program Hari Bertemu Pelanggan Majlis Bandaraya Seremban 2025
Seremban, 11 Oktober 2025 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan di Mydin Mall Seremban 2 semalam. Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memudahkan pelanggan berurusan dan bertemu secara bersemuka bersama dengan MBS. MBS membawakan konsep perkhidmatan secara "digital" atau dalam talian kepada warga bandar raya Seremban di dalam program ini. Sebanyak 17 reruai terdiri daripada jabatan dan unit MBS menawarkan perkhidmatan. Antara pengisian yang disediakan sepanjang program berlangsung ialah :-
1. Pameran Jentera MBS ;
2. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak ;
3. Demonstrasi Permainan Tradisional ;
4. Kaunter Perkhidmatan Dalam Talian MBS ;
5. Sesi Meet & Greet Bersama Datuk Bandar ;
6. Tawaran Diskaun Kompaun Sehingga 70% Bagi Kesalahan Letak Kereta ;
7. Cabutan Bertuah (hadiah berupa telefon pintar) ;
8. Zumba sempena Hari Sukan Negara ;
9. Taklimat Kesedaran Masyarakat Daripada Petronas Gas Berhad ; dan
10. Hadiah 100 terawal kepada pembayar Cukai Taksiran / Kompaun
MBS turut melancarkan Aplikasi GeoSeremban dan MBSFly yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan. Turut hadir semasa program berlangsung ialah YBhg. Dato' Ir.Ts.Haji Masri bin Baharuddin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Ahli-Ahli Majlis MBS, Tn.Ir.Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS. Terima kasih kepada semua warga bandar raya Seremban yang telah datang memeriahkan program tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















