Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 2) akan diadakan selama 4 minggu (1 Ogos 2024 hingga 31 Ogos 2024) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap pengubahan sebahagian Zon Guna Tanah di Daerah Seremban.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang bantahan awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 31 Ogos 2024 (Sabtu).

PERANAN ANDA :

• Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 2).

• Anda boleh memeriksa Laporan Draf Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 2).sepanjang tempoh publisiti diadakan.

• Mengemukakan bantahan atau pandangan anda terhadap cadangan pembangunan yang telah dirancang untuk memacu kemajuan dan pembangunan Daerah Seremban.

Rancangan Tempatan MBS