CABARAN NGAIL NISMILAN 2025

�Seremban, 3 Ogos 2025 – Cabaran Ngail Nismilan 2025 anjuran bersama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan NS Events telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah di Taman Tasik Seremban. Program yang dinanti-nantikan pemancing tegar ini berjaya menarik penyertaan seramai 1,210 orang peserta, melebihi sasaran awal iaitu 700 orang sebagaimana diharapkan oleh YB Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Peserta yang hadir bukan sahaja dari Negeri Sembilan, malah turut melibatkan penyertaan dari negeri-negeri jiran seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor. Sesi pendaftaran telah dibuka pada hari Sabtu bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 malam dan disambung semula pada pagi Ahad bermula jam 6.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Majlis perasmian dimulakan tepat jam 8.30 pagi dengan semboyan air horn sebagai simbolik permulaan pertandingan yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Masri bin Haji Razali bersama YBrs. Ir. Ts. Br Tuan Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS serta Ahli-Ahli Majlis. Seusai perasmian, YB Dato’ Masri turut meluangkan masa beramah mesra bersama para peserta di sekitar tasik. Tepat jam 12.00 tengah hari, acara diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Kehadiran beliau menyuntik semangat kepada para peserta sebelum pertandingan ditamatkan dengan semboyan penutup sekitar jam 12.30 tengah hari. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

🏆 Tempat Pertama:�Norizam Md Sidek – RM4,000�(Ikan keli seberat 1.580 kg)

🥈 Tempat Kedua:�Rosly Mohamad Rasip – RM1,000�(Ikan keli seberat 1.420 kg)

🥉 Tempat Ketiga:�Norizam Md Sidek – RM500�(Ikan haruan seberat 1.355 kg)

Hadiah Khas YAB Menteri Besar Negeri Sembilan turut diberikan kepada peserta yang berjaya menaikkan ikan dalam tempoh 15 minit terakhir pertandingan:

🥇 Zam Desa – RM1,000�(Ikan keli seberat 0.955 kg)

🥈 Yuslan – RM100�(Ikan keli seberat 0.210 kg)

Acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan adalah cabutan bertuah yang menyaksikan peserta setia menanti sehingga tamat program. Hadiah cabutan bertuah kali ini cukup istimewa dengan dua keping emas dan setiap satu bernilai RM5,000.00 menjadi rebutan utama. Selain itu, sebanyak empat unit cooler box eksklusif turut menjadi antara hadiah cabutan bertuah yang  disediakan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Bandar, Setiausaha, barisan kepimpinan MBS, para peserta, penganjur bersama NS Events serta semua yang terlibat menjayakan Cabaran Ngail Nismilan 2025. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform mengeratkan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat serta mempromosikan Seremban sebagai destinasi rekreasi berasaskan alam semula jadi.

CABARAN NGAIL NISMILAN 2025 CABARAN NGAIL NISMILAN 2025