10 Julai 2024 - Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat Multinasional & Dewan Perniagaan Foshan di Wisma MBS.
Delegasi daripada Foshan yang diketuai oleh Mr Ding Xi Feng, Standing Committee cum Minister of the United Front Work Department ini sedang mengadakan lawatan kerja di Malaysia bagi mendapatkan informasi berkaitan potensi pelaburan perindustrian di Seremban, Negeri Sembilan.
Majlis ini turut dihadiri YB Tuan Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS, Dato' Seri Yeat Sew Chuong dan Pengerusi Esekutif GD Holdings.