MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAM DI ANTARA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BERSAMA GD HOLDINGS SDN. BHD.

Nilai, 15 November 2024 - Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaham di antara Majlis Bandaraya Seremban bersama GD Holdings Sdn Bhd. Syarikat GD Holdings Sdn Bhd yang merupakan syarikat pembangunan hartanah yang berpangkalan di Nilai, Negeri Sembilan telah berbesar hati untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat CSR untuk terlibat secara langsung dalam menaiktaraf dan memperindahkan tiga buah bulatan jalan (roundabout) di Bandar Baru Nilai serta menaiktaraf dan menyenggara empat perhentian bas (bus stop) di hadapan GD Youth City. Inisiatif ini bukan sahaja memperlihatkan kepimpinan yang strategik dari pihak Majlis dan keprihatinan dari sektor korporat tetapi juga mencerminkan kebersamaan yang tulen untuk membawa perubahan positif kepada Bandaraya Seremban.

Majlis ini turut dihadiri, YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan & Pengangkutan, merangkap ADUN Nilai, YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS dan YBhg. Dato' Seri Sew Chuong, Pengerusi Esekutif GD Holdings dan Ahli-ahli Majlis MBS.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAM DI ANTARA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BERSAMA GD HOLDINGS SDN. BHD. MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAM DI ANTARA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN BERSAMA GD HOLDINGS SDN. BHD.