Majlis Pengundian Perumahan Penjawat Awam Negeri Sembilan telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Seremban. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Turut hadir ialah YB Dato' Haji Zulkefly Mohamad bin Omar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB Dato' Dr. Haji Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Tuan Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban serta Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban. |
|
|
|
|
|