YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir ke Majlis Perasmian dan Makan Malam Konvensyen Perundangan Pihak Berkuasa Tempatan (KOPETEM) 2022 di Royal Chulan, Seremban.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Konvensyen yang diadakan selama 3 hari telah mendapat penyertaan daripada 40 buah Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Majlis Bandaraya Seremban merupakan PBT pertama mengadakan konvensyen pada kali ini dengan mendapat kerjasama daripada

Kementerian Kerja Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik (Setiausaha Kerajaan Negeri), YB Tuan Teo Kok Seong (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru), YB Dato’ Muzalmah bt Mustapha Kamal (Penasihat Undang-Undang Negeri), YB Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid (Pegawai Kewangan Negeri), Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Mas Midyawan bin Yahya (Setiausaha MBS), Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS).

MAJLIS PERASMIAN DAN MAKAN MALAM KONVENSYEN PERUNDANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (KOPETEM) 2022