PESTA BUDAYA NUSANTARA @ IPOH 2025
Ipoh, 26 Julai 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjemput Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk menyertai Pesta Budaya Nusantara @ Ipoh 2025 dengan mengadakan persembahan kebudayaan sempena program yang berlangsung di Dewan Bandaran Ipoh. Pesta yang memasuki edisi ke-4 ini telah diserikan dengan kehadiran YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak serta YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Acara bermula pada jam 9.00 malam dan tamat pada 11.00 malam telah melibatkan sembilan kumpulan persembahan dari dalam dan luar negara, termasuk penyertaan dari Medan, Indonesia dan Hatyai, Thailand. Penganjuran program ini dilihat sebagai platform perpaduan yang menghimpunkan pelbagai budaya serantau, sekali gus memupuk keharmonian, keadilan sosial serta semangat saling menghormati antara masyarakat. Kumpulan penari Majlis Bandaraya Seremban yang terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan telah diketuai oleh Encik Shahril bin Sani, Penolong Pegawai Kebudayaan UiTM Negeri Sembilan turut mempersembahkan tarian tradisional yang mewakili kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India menampilkan para penari berikut:
* Puan Nurul Fauziana binti Jamaludin
* Encik Muhammad Halil bin Mohd Samsudin
* Encik Muhammad Syafiq bin Sahak
* Puan Noor Sheryl Aida binti Mohamad Ropian
* Puan Nurul Haida binti Kamarudin
* Encik Mohd Amirulnurhaqim Ammatullah bin Mohd Rasadi
* Puan Farah Melina binti Ismadi
Secara keseluruhannya, Pesta Budaya Nusantara @ Ipoh 2025 telah berjaya menarik minat warga Bandaraya Ipoh dan pengunjung tempatan dalam menghayati keunikan budaya serantau yang pelbagai serta penuh warna-warni. Penyertaan MBS bukan sahaja menyerlahkan kepelbagaian budaya di Negeri Sembilan, malah turut memperkukuh hubungan antara bandaraya melalui kerjasama budaya yang berterusan. Program seumpama ini wajar diteruskan sebagai medium pemerkasaan seni warisan dan pengukuhan jati diri bangsa dalam landskap pelancongan budaya negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




