Kaedah Permohonan Gerai/Pasar/Pusat Penjaja Dan MyKiosk :
- Bagi pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan borang permohonan BPL- 02 (Borang Permohonan Lesen Penjaja). Borang tersebut boleh didapati di :
- Muat turun di portal MBS
- Kaunter pejabat utama MBS (Wisma MBS, Persiaran Forest Heights 1, Jalan Seremban-Tampin, 70450 Seremban, Negeri Sembilan)
- Kaunter MBS Cawangan Nilai (Persiaran Pusat Bandar, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan).
- Pemohon perlu menyertakan dokumen seperti berikut :
- 1 salinan kad pengenalan
- 2 keping gambar (saiz pasport)
- Pelan lokasi / tapak perniagaan
- Surat kebenaran tuan tanah / lesen Penduduk Sementara
- Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
- Kemukakan gambar dan geran kenderaan / surat perjanjian sewa disahkan / kenderaan sendiri
- Salinan kursus pengendalian makanan & suntikan typhoid (bagi menjual makanan & minuman)
- Pemohon hendaklah menghantar permohonan tersebut sebelum atau pada 13 September 2024 (sehingga jam 4.30 petang)
>>> KLIK UNTUK LIHAT KEKOSONGAN GERAI/PASAR/PUSAT PENJAJA DAN MYKIOSK