Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk menggabungkan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Seremban mulai 1 Januari 2020. YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengumumkan perkara ini semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO pada 11 Disember 2019, Rabu
Istiadat Pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban & Perasmian Wisma MBS akan disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 20 Januari 2020, Isnin jam 8.00 malam di Wisma MBS
Validity Date:
Rabu, 18 Disember 2019 to Isnin, 20 Januari 2020