Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 3) akan diadakan selama 4 minggu (02hb September 2024 hingga 01hb Oktober 2024) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap pengubahan sebahagian Zon Guna Tanah di Daerah Seremban.
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang bantahan awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 01hb Oktober 2024 (Selasa).
PERANAN ANDA
- Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 3) di tiga (3) lokasi yang tertera di Poster.
- Anda boleh memeriksa Laporan Draf Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 3) sepanjang tempoh publisiti diadakan.