Jabatan/Unit
Mengikut Seksyen 160, Akta 171, apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan Majlis dijual atau dipindah milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya harus diberi kepada Majlis dalam Borang Tukar Nama Pemilik Harta yang boleh didapati di kaunter semakan cukai taksiran di pejabat Majlis. Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah salinan geran terkini / surat perjanjian atau Borang 14A, salinan cukai taksiran terkini dan salinan kad pengenalan.