Apakah itu Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian?
Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian adalah notis pemberitahuan kepada pemilik tentang perubahan Nilai Tahunan harta mereka yang akan mengakibatkan perubahan kepada amaun cukai taksiran setahun. Notis tersebut dikeluarkan selaras dengan Seksyen 144, Akta 171 dan memberikan ruang kepada pemilik harta untuk membuat bantahan terhadap perubahan Nilai Tahunan dalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam notis.