BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMEN KIK & AIN9 MBS
Seremban, 15 Julai 2025 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melalui Unit Komunikasi Korporat telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dokumen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi Negeri Sembilan (AIN9) sebagai persediaan menghadapi Konvensyen KIK Peringkat Negeri Sembilan 2025. Bengkel selama 2 hari mulai 14-15 Julai ini telah dikendalikan oleh Puan Rozila binti Rafie, yang berpengalaman luas dalam pembangunan dokumentasi inovasi sektor awam. Seramai empat (4) kumpulan daripada pelbagai jabatan dan unit di bawah MBS telah mengambil bahagian dalam bengkel ini. Sepanjang bengkel, peserta telah diberi bimbingan intensif berkaitan penambahbaikan dokumen projek, penulisan laporan inovasi, pengukuran impak serta persiapan pembentangan yang berkesan. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha berterusan MBS dalam memperkasakan budaya inovasi, kreativiti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada warga bandar raya.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |











