Bengkel Pemurnian dan Semakan MyPortfolio Manual MBS 2025
Seremban, 24 Jun 2025 – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian dan Semakan MyPortfolio Manual MBS 2025 melibatkan 35 orang peserta dari pelbagai jabatan dan unit. Bengkel ini bertujuan menyeragamkan dokumen MyPortfolio selaras dengan Manual terkini keluaran JPA. Sesi telah disampaikan oleh Encik Muhammad Aszam Bin Gambaris @ Watimin (Penolong Setiausaha Unit Prestasi dan Naik Pangkat, SUKNS, Puan Yanti Suzana Binti Baharum, dengan bantuan fasilitator Puan Aima Kamalia dan Encik Shamirul. Turut hadir bagi menyempurnakan bengkel ini ialah Encik Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS. Bengkel ini diharap dapat meningkatkan kefahaman peranan setiap anggota perkhidmatan dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih cekap dan tersusun. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |