INSPEKTORAT ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN (IAKKP) TAHUN 2025
Seremban, 8 September 2025 - Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan daripada Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sembilan susulan pencalonan MBS bagi Pengauditan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP) 2025 yang berlangsung pada 8 hingga 9 September 2025. Kunjungan ini diketuai oleh Encik Zainor bin Zainal, Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sembilan serta barisan panel inspektorat. Majlis pembukaan telah dipengerusikan oleh Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Khidmat Pengurusan merangkap Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) MBS, kemudian diteruskan dengan semakan dokumen dan lawatan ke jabatan serta unit terlibat. Inspektorat ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh tahap keselamatan perlindungan di MBS, dengan penilaian menyeluruh terhadap aspek keselamatan, kawalan risiko serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan. MBS komited menjadikan inspektorat ini sebagai pemangkin kepada penambahbaikan berterusan demi menjamin persekitaran kerja yang lebih selamat dan teratur.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |














