LAWATAN TUAN SETIAUSAHA KE DATARAN NILAI
Nilai, 21 Ogos 2025 – Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS telah mengadakan lawatan bagi memantau keadaan Dataran Nilai untuk persiapan Program Madani Rakyat 2025 di Dataran Nilai. MBS hanya memastikan agar tempat yang digunakan pihak penganjur berada dalam keadaan baik, selamat dan sesuai serta mengikut garis panduan dan piawaian yang ditetapkan untuk pelaksanaan program tersebut. YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan & Pengangkutan, merangkap ADUN Nilai juga berkesempatan melihat persiapan dan bertemu dengan Tuan Setiausaha MBS. Lawatan ini turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan Teknikal / Unit MBS.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







