PENGAUDITAN TERHADAP PENGURUSAN PROGRAM INISIATIF MYKIOSK DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
19 Jun 2025 (Khamis)- Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan daripada Pasukan Unit Audit Dalam daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kunjungan tersebut diadakan adalah bagi menjalankan pengauditan terhadap pengurusan Program Inisiatif MyKiosk dalam kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir semasa mesyuarat pembukaan tersebut diadakan ialah Puan Nor Mursydah binti Chik, Ketua Unit Dalam MBS dan ketua-ketua Jabatan serta Ketua Unit MBS.