PROGRAM KOMUNITI STRATA BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN (MBS) TELAH DIADAKAN PADA 25 NOVEMBER 2023 (SABTU)
Seremban, 25/11/2023 - Program ini dirangka sebagai salah satu platform engagement antara Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan komuniti strata melalui pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). Pada sesi ini juga pihak JMB MC telah berpeluang berkongsi masalah yang berkaitan dengan skim strata mereka selain mengutarakan idea kepada pihak pentadbiran MBS.
YBhg Datuk Bandar yang diwakili oleh YBrs Tuan Setiausa merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan MBS telah menyempurnakan majlis ini. Sebanyak 6 skim strata iaitu:
1) MC Desa Palma
2) MC Laman Komersial Areca
3) JMB Taman Semarak Fasa II
4) JMB Cempakapuri 4
5) MC Cempakapuri 1 & 2; dan
6) JMB Pangsapuri Rakyat Pajam
Turut serta selain, Ahli Majlis En Thanabalan a/l Ramiah dan Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit MBS juga hadir ke program ini. YBrs Tuan Setiausa merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan MBS mengharapkan semua pihak yang terlibat dalam program ini menjadikan ia suatu medium untuk merancang, melaksana dan menyelesaikan segala isu-isu yang telah dibangkitkan.