Seremban, 05 Ogos 2025 - YB. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar MBS telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Gergaji Rantai (Chainsaw) kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sembilan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk Pasca Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Seremban. Program ini bertujuan untuk memperkasa peranan dan tanggungjawab masyarakat bagi menghadapi bencana di kawasan setempat. Pihak Majlis telah memperuntukkan pemberian sebanyak 10 Gergaji Rantai (Chainsaw) yang diberikan kepada penerima seperti berikut:
1. Jabatan Bomba Negeri Sembilan
2. JPKK Kg Labu Hilir
3. JPKK Kg Sentosa
4. KRT Laman Bakawali A, Kota Seriemas
5. Pertubuhan Sahabat Muafakat NS
6. Persatuan Waghih Sembilan
7. Persatuan Muhibah Wanita Rasah
8. Persatuan Aktiviti Warga Emas Rasah
Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli- Ahli Majlis MBS, PKPgB Ahmad Khomeini bin Kamarudzaman, Ketua Balai, Balai Bomba Seremban 2, Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof , Setiausaha MBS dan Ketua-ketua Jabatan/Unit Majlis Bandaraya Seremban.