Program Townhall Sempena Hari Habitat Sedunia & Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat MBS 2025
Sendayan, 11 November 2025 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menganjurkan Program Townhall Sempena Hari Habitat Sedunia dan Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat MBS 2025 di D’Tempat Country Club, Sendayan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perancangan bandar yang inklusif dan berdaya tahan, selaras dengan agenda pembangunan mampan negara. Majlis turut menyaksikan Gimik Pelancaran Pelan Tindakan Iklim Seremban 2035 yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, diiringi YBhg. Dato’ Hasim bin Rusdi, Ahli Majlis MBS dan TPr. Hj Nazri bin A. Ghani, Pengarah Jabatan Perancang Pembangunan. Program ini turut menampilkan sesi pembentangan oleh:
🌿 MBSFly (MBS - Fast Lane For You)
🌿 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) – Climate Resilient & Best Practice PBT
🌿 Uni Technologies (UTM) – Pelan Tindakan Iklim Seremban 2035
Turut diadakan ialah Sesi Penyampaian Hadiah Anugerah Komuniti Mampan MBS 2025 sebagai penghargaan kepada individu dan komuniti yang aktif memupuk amalan hijau dan gaya hidup lestari di Seremban.
🏆 Senarai Pemenang Anugerah Komuniti Mampan MBS 2025
Kategori Individu:
1️⃣ Encik Jaafar bin Ibrahim
2️⃣ Puan Nurhasnaa binti Idris
3️⃣ Puan Rozana binti Mohamad
4️⃣ Encik Rasydan bin Muhammad
5️⃣ Encik Mohd Ramizu bin Ibrahim
Kategori Kebun Komuniti:
1️⃣ Persatuan Penduduk Taman Surian
2️⃣ Persatuan Pemilik Taman Mulia Legenda Suria
3️⃣ Persatuan Penduduk Taman Casurina Fasa 2 & 3
MBS terus komited memperkukuh agenda pembangunan mampan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Iklim Seremban 2035 dan penglibatan aktif komuniti ke arah bandar hijau dan sejahtera.