Sesi Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat, Pengisian Jawatan Dan Pemangkuan Serta Bacaan Ikrar (Aku Janji) Pegawai - Pegawai Lantikan Baharu, Majlis Bandaraya Seremban
Seremban, 12 November 2025 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyampaikan surat kepada pegawai-pegawai bagi Kenaikan Pangkat, Pengisian Jawatan, Dan Pemangkuan serta Bacaan Ikrar (Aku Janji) Pegawai - Pegawai Lantikan Baharu, Majlis Bandaraya Seremban yang telah diadakan di Bilik Dato' Klana Petra, Wisma Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS dan Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Khidmat Pengurusan, MBS.