‼️ PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA BANDAR RAYA SEREMBAN‼️

ANUGERAH KOMUNITI MAMPAN MBS 2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Untuk makluman Warga Seremban, Majlis Bandaraya Seremban sedang mengadakan satu Pertandingan iaitu Anugerah Komuniti Mampan Majlis Bandaraya Seremban 2025 bagi memberikan penghargaan dan insentif kepada Komuniti yang melaksanakan inisiatif pembangunan mampan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak MBS. Pertandingan ini dibahagikan kepada Dua (2) Kategori Pertandingan iaitu Kategori Komuniti dan Kategori Individu. Sehubungan dengan itu, pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di Daerah Seremban mengikut Kategori Individu dan Kategori Komuniti. Para peserta hendaklah memenuhi kriteria dan syarat syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat pertandingan adalah seperti yang tertera di dalam poster. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia Jabatan Perancangan Pembangunan MBS : 06-765 4228 / 4209, seperti maklumat yang tertera di dalam poster berikut. 

Jom sertai pertandingan ini ‼️

ANUGERAH KOMUNITI MAMPAN MBS 2025 ANUGERAH KOMUNITI MAMPAN MBS 2025
ANUGERAH KOMUNITI MAMPAN MBS 2025