PROJEK CASHLESS SOCIETY AKAN BERADA DI PASAR AMPANGAN, SEREMBAN


Semua dijemput hadir ke program Cashless Society untuk menjayakan Cashless Pilot Negeri Sembilan pada ketetapan seperti berikut.

Majlis ini akan dilancarkan oleh Yang Berbahagia Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban.


Tempat: Dewan Serbaguna Pasar Ampangan
Tarikh: 21 November 2024 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi


Program ini adalah kerjasama di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),

Majlis Bandaraya Seremban, penyedia perkhidmatan kewangan dan rakan-rakan strategik program ini.

 

Pelbagai aktiviti dan jualan tanpa tunai akan dijalankan:


• Cabutan bertuah & memenangi e-tunai
• Wakil bank untuk khidmat nasihat usahawan dan pengguna
• Permainan Playstation 5 (RM1)
• Pelbagai aktiviti lain yang dirancang untuk masyarakat setempat


Jom! Jumpa kami di Dewan Serbaguna Pasar Ampangan!

 PROJEK CASHLESS SOCIETY AKAN BERADA DI PASAR AMPANGAN, SEREMBAN