Proses Pengebumian Orang Islam Di Tanah Perkuburan Senawang

Pembayaran pengebumian boleh dibuat di Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban pada waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan boleh juga dibayar di tempat pengebumian iaitu di Perkuburan Senawang secara dalam talian ke dalam akaun Majlis Bandaraya Seremban (555014217763 MAYBANK ISLAMIC BERHAD). Majlis hanya menyediakan kakitangan bagi menggali dan menyediakan khemah teduhan sahaja. Bayaran bagi setiap kubur ialah RM80.00 sahaja. Sila hubungi kakitangan MBS seperti berikut :-

NAMA PENYELIA NAMA PETUGAS LOKASI

Muhammad Nur Fitri
017 - 303 1489

Shahrom Bin Hussin
016 - 337 5842

  • Mohd Fauzi ( 011 - 2819 1087 )
     
  • Mohd Hanafi ( 013 - 625 1173 )
     
  • Khairul Rizam ( 013 - 203 4824 )
     
  • Mohamad Faizol ( 012 - 920 5567 )
     
  • Mohd Syukry ( 011 - 6052 7623 )

Tanah Perkuburan Senawang

Jika terdapat sebarang salah laku berhubung pekerja MBS di tanah-tanah perkuburan ini,  sila laporkan segera di talian 06 - 765 4333  beserta bukti (video / gambar) atau lain-lain dokumen berkaitan. MBS tidak menyediakan perkhidmatan papan lahad dan pembinaan pusara hendaklah disediakan sendiri oleh waris.

PERHATIAN :-

  • Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said telah ditutup pada 06/08/2020.
     
  • Pembinaan pusara kekal di atas lot kubur tidak lagi dibenarkan (Keputusan Mesyuarat Pengurusan MBS Bil 2/2021 bertarikh 29/03/2021).

 

Proses Pengebumian di Tanah Perkuburan Kristian Sikamat & Tanah Perkuburan Sendayan

Pembayaran pengebumian boleh dibuat di di Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban pada waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan boleh juga dibayar  secara dalam talian ke dalam akaun Majlis Bandaraya Seremban (555014217763 MAYBANK ISLAMIC BERHAD). Majlis hanya menyediakan kakitangan bagi menggali dan menyediakan khemah teduhan sahaja. Bayaran bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kristian Sendayan adalah RM300.00 sahaja. Manakala Tapak Perkuburan Kristian Sikamat telah ditutup pada 06/07/2020 dan hanya dibuka kepada tempahan terdahulu sahaja yang mempunyai resit asal. Sila hubungi kakitangan MBS seperti berikut :-

NAMA PENYELIA NAMA PETUGAS LOKASI

Muhammad Nur Fitri
017 - 303 1489
 

J.Komar a/l Krishnan
011 - 2474 0752

Tanah Perkuburan Kristian Sikamat


Rajaratnam a/l Veeriah
012 368 1834

Jagen a/l Paramasevam
014 - 645 4722

Tanah Perkuburan Kristian Sendayan

Jika terdapat sebarang salah laku berhubung pekerja MBS di tanah-tanah perkuburan ini. Sila laporkan segera di talian 06 - 7654333 beserta bukti (video / gambar) atau lain-lain dokumen berkaitan. MBS tidak menyediakan perkhidmatan pembinaan pusara dan hendaklah disediakan sendiri oleh waris.