SYARAT PERMOHONAN :
- Melengkapkan borang permohonan sewaan ruang iklan skrin LED (Borang BPL-10).
- Setiap visual yang hendak dipaparkan hendaklah dalam Bahasa Malaysia dan jika visual yang dicadangkan mengandungi bahasa-bahasa lain dari Bahasa Melayu, tulisan tersebut hendaklah berukuran 50% lebih kecil dari tulisan dalam Bahasa Malaysia dan perkataan dalam Bahasa Malaysia tersebut hendaklah ditunjukkan dengan cara lebih mudah dilihat.
- Kembalikan borang beserta dengan dokumen-dokumen berikut:-
a) Sijil Dewan Bahasa dan Pustaka beserta contoh lukisan (artwork) cetakan komputer lengkap dengan saiz
b) 2 salinan visual iklan dlam bentuk hardcopy dan 1 dokumen softcopy.
c) Salinan Lesen Perniagaan (iklan berbentuk pengiklanan perniagaan)
d) Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM).
- Visual tidak mengandungi unsur-unsur menghina atau mengundang sensitiviti sesuatu kaum, agama, politik, lucah, rokok, arak, eksploitasi wanita dan seumpamanya.
CARA MEMOHON :
- Melengkapkan borang permohonan. Borang permohonan boleh didapati di :
a) Unit Komunikasi Korporat, Tingkat 1,
Wisma Bandaraya Seremban,
Persiaran Forest Heights 1, Seremban-Tampin,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan
b) Klik untuk muat turun borang.
- Borang Permohonan disertakan dengan dokumen yang ditetapkan dan dihantar ke alamat seperti para (a) di atas dan softcopy visual dihantar ke emel led@mbs.gov.my.
- Bayaran proses yang dikenakan adalah sebanyak RM20.00 bagi setiap jenis lesen yang dipohon.
- Borang permohonan yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat akan ditolak.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 06-7654791 dan 06-7654848.