Jabatan Taman & Landskap MBS dengan kerjasama CIDB Negeri Sembilan & Persatuan Arborist Malaysia telah menganjurkan Kursus Penyelenggaraan Landskap & Arborikultur.

YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan majlis perasmian kursus ini. Turut hadir sama ialah Ts. Puan Rohana binti Abdul Manan, Pengarah CIDB Negeri Sembilan, En Roslan bin Yaakob, Presiden Persatuan Arborist Malaysia & Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha MBS.

Kursus yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan oenerangan berkenaan penyelenggaraan landskap pokok-pokok utama, tatacara keselamatan dan pendedahan dalam pengurusan pokok mengikut amalan terbaik arborikultur.

Lebih daripada 60 peserta yang terdiri daripada kontraktor-kontraktor landskap dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan telah mengikuti kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula daripada 15 November sehingga 17 November 2022 yang diadakan di Klana Resort, Seremban & Taman Malaysia, Seremban.

KURSUS PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN ARBORIKULTUR MBS 2022