MBS telah menjadikan Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang sebagai kawasan untuk melaksanakan misi ini dengan membaik pulih sebuah rumah kampung yang rosak teruk ekoran bencana yang telah berlaku di kawasan ini. Wakil-wakil MBS yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan dan Jabatan Pembersihan & Kesihatan Persekitaran telah bersama-sama berganding bahu dalam misi ini begitu juga dengan Jabatan & Unit MBS yang terlibat secara tidak langsung dalam memudahkan urusan dan melancarkan urusan misi ini. Kerja-kerja pertukangan dalam menaik struktur dan memperbaiki rumah sememangnya memerlukan kemahiran dan pengalaman, namun dengan bantuan ilmu dan bimbingan tukang-tukang mahir penduduk kampung berjaya membantu kakitangan MBS mempelajari ilmu dalam usaha untuk membaik pulih rumah ini. Pada masa yang sama, MBS turut menyumbangkan sebuah "water jet" berkuasa petrol kepada JKK Kg. Kuala Menjing dan sumbangan barangan kepada 50 penduduk kampung. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Lukema Meri Bin Salleh, YDP Majlis Daerah Hulu Terengganu, Tuan Adnan bin Abdullah, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, yang hadir memberi galakan dan sokongan kepada MBS dalam menjayakan misi pasca banjir ini. MBS turut berterima kasih kepada Tuan Haji Rashid Che Noor, Pengerusi JKK Kg. Kuala Menjing dan penduduk-penduduk kampung yang banyak membantu MBS untuk misi ini Semoga usaha ini dapat membantu urusan tuan rumah dan penduduk Kg. Kuala Menjing yang terjejas. Kerjasama diantara MBS, Agensi yang terlibat dan penduduk kampung sememangnya menjadi tunjang dalam misi kali ini selain dapat mengeratkan ukhwah antara satu sama lain.
|
|
| |