DATUK BANDAR TINJAU KEJOHANAN SMARTPLATE CUP MALAYSIA 2025

NILAI, 6 Sept 2025 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban sempat meninjau Kejohanan Smartplate Cup Malaysia Cup U8 U10 & U12 di Nilai semalam. Program ini adalah anjuran Fireball FA dengan kerjasama Seriemas Sportsplex & PNB Development. Dalam sesi kunjungan tersebut, beliau telah mencadangkan agar kemudahan padang dapat ditambah bagi mencungkil lebih banyak bakat baharu serta memberi ruang kepada pelajar untuk hidup lebih sihat dan sejahtera. Beliau juga melahirkan rasa teruja dengan sambutan luar biasa masyarakat terhadap penganjuran bola sepak akar umbi ini, dan menggalakkan agar program sebegini diteruskan dengan lebih kerap demi menyatukan komuniti setempat. Hadir sama En. Habri Hamzah, Pengurus Seriemas Sportsplex dan Coach Zahirudin Amiruddin, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sembilan serta Presiden Fireball FA Ustaz Mahathir Shah Bin Mohd Akahsah. Kehadiran beliau bersama-sama barisan tetamu yang memberi inspirasi dan semangat baharu dalam pembangunan sukan ini. Bersama-sama kita terus memartabatkan sukan, memperkukuh silaturrahim, dan melahirkan bakat baharu demi sukan bola sepak negara.

DATUK BANDAR TINJAU KEJOHANAN SMARTPLATE CUP MALAYSIA 2025 DATUK BANDAR TINJAU KEJOHANAN SMARTPLATE CUP MALAYSIA 2025
DATUK BANDAR TINJAU KEJOHANAN SMARTPLATE CUP MALAYSIA 2025 DATUK BANDAR TINJAU KEJOHANAN SMARTPLATE CUP MALAYSIA 2025
DATUK BANDAR TINJAU KEJOHANAN SMARTPLATE CUP MALAYSIA 2025 DATUK BANDAR TINJAU KEJOHANAN SMARTPLATE CUP MALAYSIA 2025