Kaedah pelaksanaan operasi kaunter bergerak cukai taksiran :
Jabatan Kewangan akan menghantar surat makluman kepada Pengerusi JKKT Taman / Pengerusi Rukun Tetangga / Tuan Nazir Masjid / Pengerusi Surau sebelum operasi dijalankan.
Jadual Operasi Kaunter Bergerak:
- Hari Isnin - Khamis :
Kutipan kedai ke kedai / rumah ke rumah
Jam 2.00petang hingga 4.00petang
- Hari Sabtu & Ahad
Kutipan rumah ke rumah / kedai ke kedai
Jam 9.00pagi hingga 2.00petang
Kutipan luar bagi kutipan cukai taksiran:
Jabatan Kewangan akan mengadakan kutipan luar cukai taksiran bagi 9 kawasan pada setiap bulan Februari dan Ogos mengikut masa yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah:-
- Broga;
- Ulu Beranang;
- Mantin;
- Pantai;
- Sendayan;
- Labu;
- Rasah Kemayan;
- Nusa Intan
- Rantau
Kenderaan yang digunakan :
- 2 unit Kenderaan kaunter bergerak, Van Toyota Hiace
- 1 unit Kenderaan Jabatan, Nissan X-Trail
- 1 unit Kenderaan Proton Pesona
Petugas - petugas bagi operasi diwajibkan memakai uniform seperti berikut :
- Pemandu : Uniform biru terang
- Penghantar Notis : Uniform biru terang
- Pembantu Penguatkuasa : Uniform biru gelap
- Petugas Kaunter : T-shirts