Bengkel Kelulusan Khas Perniagaan (KKP), Majlis Bandaraya Seremban
Seremban, 30 September 2025 - Majlis Bandaraya Seremban menerusi Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS telah menganjurkan Bengkel Kelulusan Khas Perniagaan (KKP), Majlis Bandaraya Seremban di Palm Hotel, Seremban. Bengkel yang diadakan 2 hari ini adalah bertujuan untuk menyediakan garis panduan yang jelas dan seragam bagi pelaksanaan kelulusan khas perniagaan tanpa kebenaran agar pematuhan terhadap dasar dan undang-undang kecil dapat dipertingkatkan. Seramai 33 orang peserta terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis MBS dan pegawai-pegawai jabatan dalaman MBS telah hadir bagi menjayakan bengkel ini. MBS telah menjemput En. Hidayat Hilmy bin Tawfik Hilmy Penolong Pengarah Pelesenan dan Penjaja daripada Majlis Perbandaran Kajang sebagai penceramah sepanjang bengkel diadakan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir semasa majlis tersebut diadakan ialah Ahli-Ahli Majlis MBS, Tn.Ir.Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, En. Mohd Lotffee bin Abdullah Pengarah Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS dan Ketua Jabatan serta Ketua Unit MBS.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







