Pejabat Penerangan Daerah Seremban telah mengadakan Program Info On Wheels Khas Merdeka @ Komuniti Sempena Bulan Kemerdekaan 2021. Program ini diadakan sempena Bulan Kebangsaan 2021 bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyakarat. Program ini telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara dengan kerjasama beberapa agensi seperti Majlis Bandaraya Seremban, Pejabat Daerah Seremban, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan (JBPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Seremban. “Flag Off” kenderaan rasmi Jabatan telah dilakukan oleh Tn. Mohd Nizam bin Tajul Arus Pegawai Daerah Seremban dan ACP Mohd Said bin Ibrahim Ketua Polis Daerah Seremban. |