Isu Bau Ayam : MBS Bertindak Segera
Seremban, 3 Oktober 2025 – Bertindak segera berkaitan aduan bau ayam di Nusa Intan, YBhg Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bergegas meninjau ke ladang ayam tersebut yang terletak di Batu 6, Jalan Kuala Pilah,70400, Seremban. Hasil daripada tinjauan tersebut, pemilik ladang berjanji untuk menyelesaikan masalah bau yang dihadapi oleh penduduk di sekitar Taman Nusa Intan tersebut. Pihak Majlis juga menyerahkan Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian kepada pemilik ladang bagi tujuan lebih lanjut. Majlis turut mencadangkan kepada pemilik ladang untuk menggunakan kaedah biomas dalam menangani masalah bau ayam tersebut. Hadir sama Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof,Setiausaha MBS, Ketua-ketua jabatan/unit wakil agensi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar N.Sembilan, Jabatan Alam Sekitar dan pihak Polis.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |









